in

“Saya sanggup mati” – Remaja Melecur Teruk Lepas Selamatkan Anak Buah Terperangkap Dalam Kebakaran

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, dah memang dalam naluri untuk kita lindungi anak-anak dari sebarang bahaya. Namun, bagi remaja dari US ini, nyawa anak-anak buahnya lebih penting dari nyawa sendiri.


Derrick Byrd, 20 tahun telah mengalami luka kebakaran tahap tiga dan empat di muka, belakang badan dan tangannya kerana dia cuba selamatkan anak buahnya dari mati dalam kebakaran.

Menurut Daily Mail, pada Khamis pagi lalu, kebakaran telah berlaku di salah sebuah rumah di Aberdeen, Washington yang didiami oleh enam keluaga dari tiga generasi.

Sebaik terdengar jeritan anak-anak buahnya, Derrick terus keluar ke laman rumah untuk menyambut anak-anak buahnya Junior dan Rory ketika mereka terjun dari tingkap tingkat dua.

15735940 7221705 Image M 23 1562507453448
Sumber: daily mail

Nak dijadikan cerita, kakak Derrick, ibu kepada kanak-kanak ini telah tergelincir dan jatuh semasa cuba untuk memanjat bumbung dan melompat keluar.

Perkara ini telah membuatkan Mercedes, kanak-kanak yang berusia lapan tahun ini takut untuk melompat ke bawah dan berpatah balik ke dalam rumah yang apinya sedang marak sambil menjerit memanggil nama pakciknya.

Screenshot 2019 07 08 At 12.02.59 Pm
Sumber: daily mail

Dia jerit nama saya. So, saya tak boleh nak biarkan dia duduk di situ. Saya tak boleh biarkan anak buah saya mati.”

Derrick masuk kembali ke dalam rumah sambil meredah api hingga dia jumpa anak buahnya yang sedang menangis di atas lantai,

Remaja ini kemudiannya membuka bajunya dan membalut muka anak buahnya sebelum berlari turun tangga menuju ke pintu hadapan.

Ketika ditemubual oleh media tempatan, Derrick yang kini ditahan di hospital dengan muka berbalut berkata dia tak menyesal semua ni berlaku sebab dia perlu selamatkan Mercedes.

Screenshot 2019 07 08 At 11.52.57 Am
Sumber: daily mail

“Walaupun saya melecur, saya tak kisah. Saya lagi sanggup terbakar dari lihat anak buah saya alami kecederaan yang sama. Dia masih muda, masih banyak lagi yang dia perlu buat. Dia pun budak yang baik.”

“Kalau jadi kali kedua, saya tetap akan buat benda yang sama. Saya akan lari semua ke dalam walaupun saya akan cedera lagi teruk walaupun saya akan mati.”

Rumah keluarga ini alami kerosakan teruk namun polis dan bomba bersyukur tak ada siapa yang maut dan juga memberikan pujian kepada tindakan berani Derrick.

Nasib baiklah semuanya selamat. Admin salute tindakan berani Derrick ni.

 

Baca: “Api besar sangat, saya tak berani” – Video Sebak Pasangan Jadi Benteng Lindungi Anak Daripada Api Kebakaran Sampai Isteri Maut

Screenshot 2019 07 08 At 11.51.43 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.