in

“Tiada unsur jenayah dan penderaan”- Markas Tentera Darat Dedah Hasil Laporan Bedah Siasat Kematian Anggota Tentera

Tentera Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes kematian anggota tentera Allahyarham Prebet Abdul Aziz Aznam, semalam pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) melaporkan yang insiden tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Kenyataan itu diberikan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan doktor pakar di Hospital Sultanah Aminah, Johor, pada 7 September lalu.


“Bedah siasat dijalankan sehari selepas allahyarham disahkan meninggal dunia pada 6 Sept lepas dan mendapati tiada kecederaan fizikal lain dalam badan jenazah yang boleh  dikaitkan dengan unsur jenayah dan penderaan,” – TDM

Tentera Latest

Mangsa yang dikatakan jatuh daripada tingkat tiga Kem Majidee telah dibawa ke hospital setelah didapati mengalami kecederaan parah.

Menurut kenyataan TDM itu lagi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan forensik telah melawat lokasi kejadian bagi mengesahkan laporan bedah siasat.

Sementara itu,memetik Bernama arwah dikatakan melaporkan diri di Balai Pengawal Pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) pada 28 Ogos selepas tidak hadir tanpa cuti.

“Allahyarham diletakkan dalam tangkapan longgar di Bilik Bujang Kompeni A sementara menunggu dokumentasi selain dibacakan pertuduhan oleh pegawai memerintah,”

Tentera Mak

Bagaimanapun menurut TDM, mereka terbuka untuk memberi kerjasama dan bantuan bagi menjalankan siasatan kepada pihak polis.

Menurut kenyataan itu lagi, TDM juga tidak akan berkompromi dengan pegawai  dan anggota yang terlibat dengan sebarang perlakuan yang salah disisi undang – undang dan menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak PDRM.

 

Baca : Tlg Dato, dah berulang kali dah ni” Polis Beri Jaminan Buat Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Tentera di Kem Majidee

Featured Asekor 1

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.