in

Waris Mangsa Tragedi Pelantar Sepat Layak Terima Faedah Bulanan PERKESO

Perkeso Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waris tiga pekerja yang terkorban dalam tragedi bot keselamatan jatuh di pelantar minyak Sepat, Kuala Terengganu layak menerima faedah daripada PERKESO selepas semakan mendapati kesemua mangsa mempunyai caruman aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (LINDUNG Pekerja). 

Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, keluarga Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria bakal menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) sebanyak RM5,355 sebulan selain Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar.


Perkeso Pfp

“Balu arwah, Puan Siti layak menerima bayaran bulanan FOT sepanjang hayat manakala anak lelaki tunggal mereka yang berusia 10 tahun akan menerima faedah tersebut sehingga umur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama.”

Bagi Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam pula, balunya yang sedang hamil tujuh bulan bersama anak mereka berusia setahun tujuh bulan layak menerima FOT sebanyak RM3,105 sebulan serta FPM sebanyak RM3,000.

Screenshot 2026 05 27 At 1.55.10 Pm

Artikel berkaitan: PERKESO Lancar Garis Panduan Sulung Sokongan Pekerjaan Neurodivergen, Tangani Isu Guna Tenaga Tidak Penuh

Artikel berkaitan: Caruman 15 Tahun Di PERKESO Jadi ‘Talian Hayat’ Waris Mangsa Pemandu M*buk

Sementara itu, abang kandung Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid akan menerima FPM sebanyak RM3,000 bagi urusan pengebumian memandangkan arwah belum berkahwin dan merupakan yatim piatu.

Dalam masa sama, satu-satunya mangsa terselamat, Muhammad Taufik Mohd Ruslan, 37, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kecederaan parah turut layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sepanjang tempoh rawatan.

Pelantar Minyak

PERKESO kini sedang melengkapkan dokumentasi bersama majikan dan waris bagi memastikan semua bayaran faedah dapat disalurkan secepat mungkin.

Sumber: PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.