in

“Tlg Dato, dah berulang kali dah ni” – Polis Beri Jaminan Buat Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Tentera di Kem Majidee

Featured Asekor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian anggota tentera, Allahyarham Abdul Aziz Aznam baru-baru mengejutkan ramai selepas dia didakwa cuba untuk terjun daripada tingkat tiga kediaman Kem Majidee, Batu Pahat.


Allahyarham Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu, jam 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail setelah dirawat selama sembilan hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Bangunan Kem

Pada awalnya kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan polis akan membuat siasatan terperinci dan menyeluruh berkaitan punca kematian anggota tentera tersebut.

Sebelum ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor mengambil alih siasatan yang akan dibuat dari segala aspek dan sudut.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian Abdul Aziz selain menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,”

Dato Ayob 2

Menurut laporan Berita Harian abangya, Mohamad Amirulnaim sebelum ini pernah menyatakan yang arwah pernah memaklumkan hasratnya untuk berhenti daripada menyertai pasukan tentera itu kerana tidak tahan didera.

Justeru itu Amirulnaim mengharapkan supaya kematian adiknya mendapat pembelaan dan meletakkan harapan tinggi kepada pihak polis.

 

Baca : “Pipi arwah digosok berus besi” – Keluarga Buka Cerita Anggota Tentera Didakwa Bunuh Diri Lari Dari Kem, Tak Tahan Kena ‘Ragging’

Tentera

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.