in

“This is true love” – Kenali Gaëlle Engel Yang Bercinta Dengan ‘Rollercoaster’, Dakwa Ada ‘Anak’ Bersama

This is true love Kenali Gaelle Engel Yang Bercinta Dengan Rollercoaster Siap Ada Anak Bersama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai preferences sendiri dalam memilih pasangan hidup. Gaëlle Engel yang berasal dari Perancis ini juga tidak terkecuali. Cuma, type wanita ni adalah objek dan bukanlah manusia.

Gaelle Engel e1615693684302

Semenjak di usia remaja, Engel yang kini berumur 43 tahun sudah tertarik secara seksual kepada objek. Dia mula tertarik dengan rollercoaster apabila meningkat dewasa.


Kata Engel, dia kenal makna sebenar cinta selepas bertemu dengan Sky Scream rollercoaster di Holiday Park, Hassloch.

“Anda boleh kata saya ‘sexually attracted’ pada ‘rollercoasters’ tapi sejak saya bertemu Sky Scream ‘rollercoaster’, barulah saya faham apa itu cinta,” kata Engel. 

Rasa yakin masa ‘bercinta’ dengan Sky Scream ‘rollercoaster’

Menurut Engel, sebelum ‘bercinta’ dengan salah satu permainan di theme park itu, dia pernah mempunyai tiga hubungan cinta serius bersama manusia. Tetapi, tiada yang kekal.

“Lelaki yang saya pernah ‘date’ semuanya ada banyak masalah melibatkan alkohol dan ia waktu yang sukar bagi saya,” kata Engel. 

Sky Scream e1615693720208

Walaupun Engel berasa lebih gembira dan yakin semasa ‘bercinta’ dengan Sky Scream rollercoaster ini, wanita itu mengaku dia tidak boleh mengadakan hubungan intim dengan ‘kekasihnya’ itu.

Jadi, untuk selalu mengingati ‘hubungan’ mereka, Engel yang juga seorang penyajak dan pelukis mengumpul banyak barangan yang melambangkan ‘teman lelakinya’ itu.

Antara barangan yang dikumpul Engel termasuklah gambar Sky Scream rollercoaster dan bantal dengan gambar ‘kekasihnya’. Engel mengaku, dia akan memeluk bantal berkenaan setiap hari.

“Kami jarang berjumpa. Jadi, saya kumpul banyak barang yang akan mengingatkan saya kepada dia supaya kami selalu berhubung,” kata Engel.

Selain itu, Engel juga mencipta pelbagai model rollercoaster lain termasuklah ‘teman lelakinya’ Kesemua koleksi wanita itu dipamerkan di rumahnya.

rollercoaster e1615693755938

Tambah Engel lagi, ‘teman lelakinya’ itu banyak memberi inspirasi dalam kerjayanya. Malah, dia juga ada membuat beberapa model rollercoaster lain yang tidak berasaskan mana-mana permainan taman tema di dunia.

“Anda boleh katakan model-model baru tu seperti anak saya dan Sky Scream,” katanya. 

Sumber: Mirror

Baca: “Baik tak payah naik” – Pengunjung Tak Boleh Jerit Kalau Naik Roller Coaster Di Taman Tema Jepun Untuk Elak Covid-19

feature 2 18 e1615692545225

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.