in

The Royal Vault: Jasad Ratu Elizabeth II & Kerabat Diraja UK Dari Kurun ke-15 Rupanya Tidak Ditanam Tapi….

Ase

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam baru saja selesai upacara persemadian Ratu Elizabeth II dan difahamkan ramai yang menghadiri ke Gereja St. George untuk memberi penghormatan terakhir termasuklah beberapa pemimpin-pemimpin di serata dunia.



Untuk pengetahuan korang, Gereja St. George sebenarnya terletak di dalam istana Windsor dan dijadikan makam kerabat diraja UK yang dipercayai telah dikebumikan sejak kurun ke-15.

Namun, ramai yang menganggap bahawa kerabat diraja UK ini ditanam seperti jasad yang lain sebaliknya tidak seperti yang disangka. Mari min rungkai mengenai The Royal Vault, makam kerabat diraja UK yang ‘ditanam’ dari kurun ke-15.

St. Georges Chapel Windsor Castle 1 1536X1024 1

The Royal Vault: Makam kerabat diraja UK yang disimpan sejak dulu kala

The Royal Vault ialah ruang pengebumian yang terletak di perkarangan Istana Windsor. Bilik kebal itu terletak di bawah Gereja St George, yang telah menjadi tempat perkuburan keluarga Diraja sejak abad ke-15, menggantikan Biara Westminster.

Bilik Kebal Diraja telah dibina antara 1804 dan 1810 di bawah arahan Raja George III. Secara tradisinya di pengebumian Diraja seperti yang berlaku untuk pengebumian Putera Philip, keranda diturunkan ke dalam peti besi melalui pembukaan di lantai Gereja St George.

Tomb House 1

Untuk pengetahuan korang, the Royal Vault telah dibina dengan kedalaman 16 kaki, panjang 70 kaki dan lebar 28 kaki. Ia juga mampu menempatkan 44 jasad kerabat diraja dan dirancang akan melebarkan lagi sekirnya berkeperluan.

Tm Comp Royal Vault

41886850 9482763 Image M 10 1618689708711

Kini, terdapat 24 orang ahli kerabat diraja yang telah dikebumikan dan Puteri Amelia merupakan ahli keluarga pertama yang telah disemadikan di situ.

Senarai penuh ahli kerabat diraja yang telah disemadikan di the Royal Vault:

  • Puteri Amelia, anak kepada George III (1810)
  • Puteri Augusta, Duchess of Brunswick, kakak kepada George III (1813)
  • Bayi kepada Puteri Charlotte (1817)
  • Puteri Charlotte (anak kepada George IV) (1817)
  • Ratu Charlotte, isteri kepada George III (1818)
  • Putera Edward, Duke of Kent, ayah kepada Queen Victoria (1820)
  • King George III (1820)
  • Putera Alfred, anak kepada George III (1782, ditempat 1820)
  • Putera Octavius, anak kepada George III (1783, ditempat 1820)
  • Puteri Elizabeth, anak kepada William IV (1821)
  • Putera Frederick, Duke of York (1827)
  • RajaGeorge IV (1830)
  • Bayi kepada Puteri Ernest Augustus, anak kepada George III (1818)
  • Raja William IV (1837)
  • Puteri Sophia, anak kepada George III (1840)
  • Ratu Adelaide, isteri kepada William IV (1849)
  • Putera Frederick of Schleswig-Holstein, anak kepada Princess Christian (1876)
  • Raja George V Hanover (1878)
  • Victoria von Pawel Rammingen, anak kepada Puteri Frederica  Hanover (1881)
  • Puteri Mary Adelaide, Duchess of Teck, ibu kepada Queen Mary (1897)
  • Putera Francis, Duke of Teck, ayah kepada Queen Mary (1900)
  • Puteri Frederika Hanover (1926)
  • Putera Adolphus, Duke of Cambridge, datuk kepada Queen Mary (1850, ditempat 1930)
  • Puteri Augusta, Duchess of Cambridge, nenek kepada Queen Mary (1889, ditempat 1930)

Selain daripada the Royal Vault, ada juga beberapa ahli kerabat diraja UK yang lain telah dikebumikan di kawasan lain.

Misalnya, Raja George VI, Ratu Elizabeth dan abu mayat Puteri Margaret. Countess of Snowdon boleh ditemui di King George VI Memorial Chapel  tempat ratu dan Putera Philip.

Diana, Puteri Wales telah dikebumikan di Estet Althorp di Northamptonshire iaitu rumah keluarga Spencer manakal tempat terakhir Ratu Victoria dan Putera Albert ialah Makam Diraja di Frogmore.

@abbrars_mind

The #roualvault where prince philips lies and will be moved to king george the vi memorial along with the body of #queenelizabeeth the second #windsor #monarchs #royalfamily

♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

 

Amacam? Menarik tak fakta yang min kongsikan?

Baca: Ratu Elizabeth II Disemadikan Di Memorial King George VI Bersama Barang Kemas Kesayangan

Screenshot 2022 09 20 At 11.19.22 Am

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.