in

Ratu Elizabeth II Disemadikan Di Memorial King George VI Bersama Barang Kemas Kesayangan

Sda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ratu Elizabeth II, raja British yang paling lama bertakhta, meninggal dunia di Istana Balmoral pada usia 96 tahun. Menurut Sinar Harian, beliau akan disemadikan pada hari ini iaitu pada 19 September di Gereja Memorial King George VI di istana Windsor di Royal Vault.


Selepas pengebumian ratu di Westminster Abbey pada 19 September, akan ada perkhidmatan komited di Gereja Kecil St George di Istana Windsor yang dikendalikan oleh Dean of Windsor. 

Upacara pengebumian juga akan dilakukan secara tertutup sepenuhnya dengan dihadiri oleh Raja Charles dan ahli kerabat diraja yang lain.

Disemadikan di samping suaminya, Putera Philip

Jasad Ratu Elizabeth II juga difahamkan akan disemadikan bersebelahan makam suaminya, Putera Philip yang telah mangkat pada 9 April 2021 di umur 99 tahun. Jasad suaminya juga akan dipindahkan dan ditanam semula bersebelahan isterinya yang tercinta.

Sebelum ini, Raja George VI yang meninggal dunia pada 1952, pada asalnya disemadikan di Royal Vault dan kemudian dipindahkan ke gereja yang baru dibina pada 26 Mac 1969. Ibu Ratu telah dikebumikan di sana pada tahun 2002, dan abu Puteri Margaret yang meninggal dunia pada tahun 2002, juga di sana.

Barang kemas kesayangan beliau juga turut disemadikan bersama

Menurut Lisa Levinson, ketua komunikasi di Natural Diamond Council, ratu merupakan seorang yang sangat rendah diri dimana beliau tidak berlebih-lebihan dalam pemakaian. Beliau juga akan disemadikan sekali bersama cincin emas perkahwinan dan juga sepasang anting-anting mutiara.

“Beliau adalah seorang wanita yang sangat merendah diri, yang tidak mungkin memakai apa-apa selain cincin perkahwinan emas Welsh yang ringkas untuk berehat dan sepasang anting-anting mutiara.”

Takziah diucapkan kepada rakyat UK dan semoga keluarga diraja bertabah dengan kehilangan ini…

Baca: Netizen Cetus Teori Ratu Elizabeth II Berketurunan Nabi Muhammad & Firaun? Ini Penjelasan Sebenar!

Screenshot 2022 09 19 At 5.41.13 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.