Minggu lalu, kecoh apabila seorang wanita berusia 48 tahun diserang dan disamun ketika di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras.
Serangan itu menyebabkan ramai terkejut dan menjadi takut serta lebih berhati-hati ketika berjalan seorang diri.
Kejadian dekat LRT Titiwangsa
Kejadian serupa nyaris berlaku kepada seorang gadis tapi sebaliknya, dia bukan disamun tapi hampir dirogol.
Dalam kejadian yang berlaku berdekatan LRT Titiwangsa, gadis ini mendakwa dia ke sebuah kedai mamak berhampiran stesen itu selepas puas shopping kat KLCC.


Disebabkan dah lapar, dia pun makan kat situ cepat-cepat. Tapi mangsa terlupa yang ayahnya takkan jemput kat stesen tu macam kebiasaan.
“Tempat tu was quite dark tau”
Selepas selesai makan, gadis berkenaan pun terus berjalan ke LRT semula sebelum sedar ada lelaki yang mengikutnya.
Lelaki tu pada mulanya minta duit daripada mangsa sebelum dia tiba-tiba mengikut dan tolak ke dinding lorong gelap!

“Dia pegang tangan I kuat gila”
Dahlah tak ada orang kat situ, lelaki tu genggam tangan gadis ni kuat-kuat. Tapi tak minta apa-apa selain daripada meminta mangsa serahkan diri padanya.
Arghhh!! Takutnya!!

Tapi nasib baik ada seorang guard sempat datang selamatkan dia!
Katanya, kejadian ni berlaku sebelum Chinese New Year tapi dia baru berani nak berkongsi kisah ini.
“Do not go out, anywhere alone“
Walaupun mangsa dedahkan yang dia sedih dan blame diri sendiri dengan apa yang berlaku, dia tetap ingatkan orang ramai supaya jangan keluar seorang diri walau ke mana-mana. Bahaya!

“Tolonglah, don’t harm us”
Selalu dah terdengar kes macam ni tapi bila terkena kat batang hidung sendiri, sumpah takut!
Tapi kadang-kadang tak dapat elak kita terpaksa berjalan seorang diri. Jadi apa patut dibuat?



Mana nak beli pepper spray?

Pastikan korang kalau berjalan tu sentiasa berada di kawasan yang terang. Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kita juga kena bertanggungjawab untuk keselamatan diri sendiri dan sentiasa berjaga-jaga.
Malang tak berbau, jadi berhati-hatilah.