“Muka macam baj*ngan, ayat tak cukup power ada hati nak ngorat awek cun”-Netizen Bengang Lelaki Rogol & Toreh Muka Gadis Lepas Kena Reject.

Korang pernah tak rasa kena ‘reject’ dengan crush or someone yang korang suka? Biasanya macam mana korang berhadapan dengan keadaan tu?

Korang menangis ke? Pergi travel ke? Makan banyak-banyak ke? Mandi lama-lama dalam bilik air ke? Atau ape?

Haa..kisah kali ini admin nak cerita tentang tindakan seorang lelaki selepas cintanya ditolak oleh awek cun.

Story ni admin ambil dari facebook INFO BERITA SEMASA , katanya kejadian berlaku baru-baru ini..wallahualam, sebab ada yang kata kisah ini dah lama.

Toreh muka gadis lepas cinta ditolak!

Apa yang nak disampaikan disini ialah mengenai ‘tindakan gila’ yang diambil lelaki tersebut bila tak boleh terima cintanya ditolak..eh orang dah tak suka, nak paksa kenapa.

Dikatakan kejadian ini berlaku di Kampung Melayu Medan di Indonesia melibatkan seorang pemuda dan gadis berusia 17 tahun.

Menurut berita yang dilaporkan, pemuda tersebut bertindak memaksa gadis tersebut melakukan hubungan seks sebelum menoreh muka mangsa..ya allah, kejam giler!

Lelaki tersebut dikatakan telah menculik gadis yang dalam perjalanan pulang dari sekolah itu sebelum membawanya ke sebuah rumah kosong.

Suspek dan mangsa mempunyai hubungan yang cukup rapat, tapi….

Difahamkan, suspek pada mulanya memaksa mangsa yang dikenali sebagai Nadya untuk mengadakan hubungan seks tetapi ditolak sebelum lelaki itu bertindak menoreh muka remaja berkenaan.

Saya sempat dipaksa untuk melakukan seks tetapi saya menolak (permintaan itu) lalu dia mula naik angin dan memukul serta menoreh muka saya,” kata mangsa.

Part yang paling ‘hampeh‘ sekali, lepas je dia buat semua tu dia terus tinggalkan gadis malang tersebut di tepi jalan..ni bukan manusia ni, kau dah sedap toreh, lepas tu blah macam tu je?

Nadya hampir buta angkara torehan hampir mengenai mata

Dilaporkan Nadya telah pun menerima rawatan lepas je kejadian tersebut, lelaki tu? Wallahualam.

Walaupun begitu, doktor yang merawat Nadya memaklumkan yang gadis tersebut mengalami kecederaan di bahagian mata yang hampir menyebabkan menjadi buta selain turut mengalami 8 kesan torehan di mukanya.

Katanya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang cemburu dengan mangsa dan juga kerana cinta suspek yang ditolak oleh mangsa.

Tapi kan, ibu mangsa cakap yang suspek merupakan jiran mereka dan hubungan mereka berdua sangat rapat seperti abang dan adik.

Malah ibunya memaklumkan yang suspek pernah meluahkan perasaan terhadap anaknya itu namun Nadya telah menolak luahan perasaan suspek tersebut secara baik kerana baginya suspek sudah seperti abangnya sendiri.

Habis tu, kalau pernah ditolak kan lagi baik teruskan hubungan seperti biasa tak perlu lah sampai nak menggunakan kekerasan atau kekejaman.

Korang kat luar sana, kalau pun kena reject, jangan la nak buat benda-benda bodoh macam tu, bunga bukan sekuntum and kumbang pun bukan seekor..chill okay!

Baca : Netizen Geli Hati Dengar Voice Note Awek Gangster Darjah 5 Ni Ugut Nak Belasah Sebab Sailang Pakwe

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.