Sudah menjadi perkara biasa kalau orang perempuan bercakap pasal make up, produk skincare dan penampilan diri. Bagi orang perempuan, beauty is pain sebab bukan saja kena lalui pelbagai proses untuk jadi cantik, duit pun beribu habis sebab nak beli produk yang terbaik.
Tapi jarang pulak korang dengar kan pasal orang lelaki kecoh-kecoh hal kecantikan? Paling koman dorang pakai sabun badan ataupun pencuci biasa-biasa kecualilah korang macam lelaki yang tengah viral kat Twitter ni. Menerusi perkongsian Twitter lelaki bernama Ayim, dia telah memuat naik tips penjagaan wajah dengan menggunakan produk high end bernama Kiehl’s.

Menurutnya, produk Kiehl’s ni memang mahal kerana serumnya saja dah bernilai RM230, mosturizer pulak RM120 manakala yang lain-lain hampir mencecah RM100 setiap satu. Namun apa yang best mengenai produk ni, ia menunjukkan kesan yang memuaskan!

Pun begitu, tindakan Ayim memuat naik resit dan menunjuk-nunjuk harga jumlah harga produk kecantikan tersebut yang mencecah RM600+ dah menimbulkan rasa tak puas hati netizen. Ramai yang tuduh Ayim ni sengaja buat macam tu sebab nak bagitahu dia orang berada. Aduhai!


Lebih sakit hati, ada yang kata walaupun Ayim dah keluar duit beribu, muka tetap tak berapa kacak. Alamak… korang ni mulut tak ada insuran lah! Sian kat si Ayim tu.


Menyedari dirinya menjadi bahan kritikan, Ayim kembali membalas tweet dengan mengatakan tujuan membeli produk Kiehl’s bukan sebab banyak duit atau apa, cuma ini adalah satu cara untuk dia pulihkan semula masalah kulit yang sensitif. Pergi facial lagi mahal kosnya, kata Ayim.

Macam mana pun bagi admin, tak salah untuk Ayim kongsikan tips dan pengalamannya mengenai penjagaan kulit kat orang lain. Mana tahu mereka yang bertahun-tahun alami masalah kulit boleh dapatkan kulit yang flawless kalau pakai produk ni kan?
Sabar je lah ye Ayim. Dorang dengki tu tengok kulit cantik yang dimiliki seorang lelaki. Kalah oppa kat Korea tau!
Baca: “Diorang memang kulit dah elok” – Individu Nasihat Supaya Tak Tertipu Dengan Pengasas Produk