in

“Diorang memang kulit dah elok” – Individu Nasihat Supaya Tak Tertipu Dengan Pengasas Produk

Page1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa kini, terdapat budaya di Malaysia di mana orang ramai mengagung-agungkan instafemes dan wanita-wanita di Instagram yang mempunyai wajah flawless. Mereka ini pula merupakan individu-individu yang bijak dalam mengambil peluang yang ada.


Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada diantara mereka yang memiliki jumlah followers yang ramai ini mengambil peluang yang ada untuk ‘mencipta’ produk kecantikan sendiri dan mengaku menggunakan produk sendiri sehingga dapat wajah sendiri menjadi flawless.

Keca
sumber: lobak merah

Memandangkan masih ada yang menyokong produk-produk yang diragui keberkesanan dan keselamatannya, maka ada invidu yang tampil memberikan nasihat supaya orang ramai tidak percaya dengan penipuan pengasas produk tersebut.

Tweet1
sumber: twitter

Melalui perkongsiannya di Twitter, Iman Tanita al-Ghul memberitahu pengasas produk ini hanya mengambil stok barangan murah atau repackage yang kemudiannya dijual pada harga yang tinggi. Dia juga memberitahu golongan ini tidak akan memakai produk murahan mereka sendiri.

Iman juga mengatakan bahawa tiada lagi di antara pengasas produk ini yang memakai produk sendiri selama sekurang-kurangnya enam bulan bagi membuktikan keberkesanan produk mereka.

Terrt2
sumber: twitter

Bukan itu sahaja, pengasas produk yang mendakwa mempunyai kulit muka flawless hasil pemakaian produk sendiri hanya berpura-pura kerana mereka memang pada asalnya sudah memiliki kulit wajah yang tiada cela.

Tweet4
sumber: twitter
Tweet3
sumber: twitter

Selain itu, Iman juga memberi nasihat berguna kepada pembaca sekiranya mereka menghadapi masalah kulit untuk menggunakan produk yang dipercayai dan selamat untuk digunakan sahaja dan bukannya dengan meletakkan kepercayaan pada produk yang diragui keselamatannya.

Tweet2
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, Iman menegaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk menjatuhkan produk tempatan tetapi menegah orang ramai untuk mempercayai produk yang tidak telus dan yang berdolak dalih apabila ditanyakan tentang bahan-bahan dan kilang pembuatan produk mereka.

Sementara itu, Iman turut menyeru orang ramai supaya memilih produk kosmetik yang dikenali ramai serta disahkan selamat dan bukannya produk yang diasaskan oleh orang-orang berpengaruh di media sosial.

Betul tu! Keluar duit lebih sikit, janji kulit terjamin!

Baca: “Sape percaya produk dia memang bod**, dah sah korang kena tipu…” – Instafemes Tipu Orang Ramai?

12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.