in

“Terpaksa mengambil upah menyanyi di kenduri kahwin” – Saat Kejatuhan Allahyarham P.Ramlee Sebelum Meninggal Dunia

Pramlesaloma2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin generasi muda ni hanya mengenali filem, lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni, trademark dan babak lakonannya ini masih lagi evergreen dalam minda kita.


Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya disebalik keceriaan dan kelucuan beliau di hadapan lensa kamera, tersemat kisah sedih yang dilaluinya mengharungi saat kejatuhan teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dibuang dan dipinggirkan oleh masyarakat sehinggakan terputus sumber pendapatan. Tak sangka sampai begini sekali susah yang beliau kena hadap lepas baca perkongsian daripada Feez Al-Juma ni.

 

Kontrak ditamatkan serta merta sebab lagu dah tak sedap, suara pun dah tak best.

P. Ramlee Madu Tiga

Karya yang diagungkan yang korang nampak sekarang sebenarnya tidaklah sama seperti masa beliau hidup dulu. Kegemilangannya berakhir pada satu konsert ini, dia kena boo oleh penonton.

Beliau yang pernah menjadi ‘anak emas’ syarikat rakam kena ‘tendang’ macam tu je lepas melihat dirinya dah tak ‘relevan’ di mata umum.

“PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.”

“Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.”

“Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.”

Waktu awal 70-an adalah waktu paling getir baginya, boleh dikatakan satu job pun tak dapat. Menyanyi, mengarah filem, berlakon semua tak ada.

 

Terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin

Str2 Cczpramlee 3 Chester

Bukan itu sahaja, bila P.Ramlee nak buat loan bank untuk buat filem. Satu pun tak lepas, sampai ke tahap tak ada orang layan beliau bila masuk ke satu anugerah ni. Semua orang sisihkannya.

“Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.”

Sampai ke satu tahap, bila pergi stesen TV, P.Ramlee kena tunggu kat kantin, tak boleh masuk. Malah bila hadir satu award tak ada pun orang pelawa

“Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi…bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka…akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.”

 

Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa – P.Ramlee

61468239029 Pramlee

” Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka…saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur…

 

29 Mei 1973, P.Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung.

13614945 10207203089291858 3528809527783922399 N

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia…Al-Fatihah.

 

Baca : Wanita-Wanita Dalam Hidup Lagenda P.Ramlee, Rupanya Pernah Kahwin Dengan Mantan Permaisuri Perak Sebelum ‘Disailang’ Saloma.

Pramlesaloma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.