Terpaksa Kutip, Makan Habuk Roti

Jadikan sumber pilihan di Google
Terpaksa Kutip, Makan Habuk Roti

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penderitaan yang dilalui masyarakat Syria ni sememangnya sangat perit, tambah pulak kalau kanak-kanak yang menjadi mangsa. Korang boleh bayangkan tak, kat mana agaknya kanak-kanak ni tinggal dan apa yang mereka makan kalau rumah dibom pengganas dan hidup serba kekurangan.

Perkongsian video di Instagram Malaysia Life Line For Syria ni membuat ramai tersentuh hati apabila memaparkan kesusahan yang dialami dua kanak-kanak berusia 10 tahun dari Hajar Aswad, Damascus yang terpaksa mengutip apa-apa di atas jalan raya dan masukkan ke dalam mulut demi alas perut yang lapar. 


Makan Roti 2
Sumber: Instagram

Ketika ditemubual di dalam video tersebut, kanak-kanak tu menjawab yang mereka sedang kutip habuk roti untuk dijamah. Allahuuu.. kesiannya! 

https://www.instagram.com/p/BlW9IDfHfYE/?taken-by=malaysia4syria

Ada orang buang roti di sini, kami kutip banyak dan ada banyak lagi di atas jalan,” kata salah seorang kanak-kanak di situ.

Difahamkan kanak-kanak tu memang tak ada pilihan lain selain daripada mengutip habuk roti di sebalik batu dan pasir. Malah mereka juga mengakui tidak menerima bantuan makanan.

“Jika kami terima bantuan, kami tidak akan kutip habuk roti ini,” katanya.

How To Spot A Fake Siege When People Are Dying In Real Ones
Gambar hiasan

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin akan penderitaan kanak-kanak Syria ini, korang bolehlah hulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam 14-210-01-000988-2 atau Maybank, 5648-1051-3971 atau menerusi http://www.billplz.com/infaqsyria.

Apalah guna harta banyak di dunia kalau ada kanak-kanak yang seagama dengan kita menderita di sana. Semoga ada yang membantu. 

Baca: “Maaf ya aku beri sedikit” – Netizen Kagum Anak Kecil Nekad Bantu Rakyat Palestin Dengan Pos Derma RM4

Maaf

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Terpaksa Kutip, Makan Habuk Roti
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terpaksa-kutip-makan-habuk-roti/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen