in

“Terlalu rindu” – [VIDEO] Wanita Kongsi Momen Interview Suami Sendiri Di PPV, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Fi Isteri Sedih Suami Meninggall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dapat nak dinafikan, bahawa kehilangan insan tersayang dalam hidup merupakan realiti paling sukar diterima dalam hidup kita. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlu redha dengan ketentuan ilahi.



Oleh itu, hanya rakaman video dan gambar sajalah yang dijadikan pengubat rindu kepada seseorang itu seperti dilakukan oleh wanita ini.

 

Interview suami sendiri masa cucuk vaksin

Disebabkan terlampau rindu, seorang wanita dikenali sebagai Puan Nurul Alyana ada berkongsikan momen ketika dia menjadi petugas di sebuah PPV di akaun TikToknya.

Paling buat beliau teruja, apabila dia sendiri interview suaminya yang kebetulan juga datang ke kaunter diurusnya. Di dalam video yang dimuat naik, suaminya yang tak menyangka turut kelihatan malu-malu apabila disoal oleh isterinya sendiri.

“Terujaaa sgt dpt interview husband sndri time vaksin…kenangan ini kenangan yg indah untk syg…” 

@imanalya

Terujaaa sgt dpt interview husband sndri time vaksin…kenangan ini kenangan yg indah untk syg…🥰🥰al fatihah untk kesayangan

♬ original sound – 🇲🇾 Nurul Alyana 🇵🇸 – 🇲🇾 Nurul Alyana 🇵🇸

 

Suami pergi buat selamanya 

Walau bagaimanapun, siapa sangka itu merupakan antara kisah manis terakhir antara Puan Nurul dan suaminya.  Hal ini setelah difahamkan bahawa Allahyarham suaminya telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat 13 Ogos yang lalu.

Oleh sebab tak mahu timbul salah faham, Puan Nurul turut menjelaskan bahawa suaminya meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal dan tak ada sebarang kena-mengena dengan kesan sampingan akibat vaksin.

Disebabkan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, wanita tersebut ada memuat naik beberapa video kenangan bersama Allahyarham suaminya tersebut.

Isteri Sedih Suami Meninggal 4

@imanalya

#CapCut Al-Fatihah untuk kesayangan…Allah lebih sygkan abg dari syg sayangkn abg 🥰🥰 tenanglah di sane…

♬ original sound – 🇲🇾 Nurul Alyana 🇵🇸 – 🇲🇾 Nurul Alyana 🇵🇸

@imanalya

Demi Allah..rinduu itu meyakitkan… redha itu perlu…rindu itu pasti 🥰🥰

♬ original sound – 🦋🌸Delafadila_bandung🌸🦋🇮🇩

 

“Momen terindah sekali seumur hidup”

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyampaikan salam takziah dan mendoakan suami Puan Nurul itu. Selain itu, ramai juga yang seperti memahami perasaan wanita tersebut yang menjadikan perkongsian video ini sebagai satu cara melepaskan rindu.

Reak Isteri Sedih Suami Meninggal 2 Edit Reak Isteri Sedih Suami Meninggal 1 Edit Reak Isteri Sedih Suami Meninggal 3 Edit Reak Isteri Sedih Suami Meninggal 4 Edit

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

 

Baca : “Abang dah tak perlu apa-apa dah” – Isteri Sebak Suami Meninggal Depan Mata Selepas Rasmi Motor Idaman

Foot Isteri Sedih Suami Meninggall

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.