in

“Abang dah tak perlu apa-apa dah” – Isteri Sebak Suami Meninggal Depan Mata Selepas Rasmi Motor Idaman

Untitled Design 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terukir senyuman di wajah seorang lelaki bergelar suami apabila berjaya memiliki motosikal idamannya. Namun hari yang sepatutnya indah bertukar tragedi apabila dia dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas membawa pulang motosikal yang baru dibelinya itu.


Perkongsian Dalila Zolkofli mengenai insiden terbabit membuatkan ramai yang berasa sebak dan turut bersedih dengan nasib yang menimpa wanita ini

Baru Beli Moto Meninggal 2 630X365 1

Menurutnya, motosikal berkenaan merupakan motosikal idaman suaminya. Pada awalnya, suaminya  berasa ragu-ragu untuk membeli motosikal berkenaan, namun arwah membuat keputusan untuk membeli selepas harga yang ditawarkan dan mengenangkan motosikal lamanya yang telah uzur.

‘Aku pun selalu usik, ‘cecece moto baru’, seronok tengok dia senyum sampai telinga’

‘Masa ni aku tahu dia happy gila. Mesti renyih tak berhenti tu. Tak sabar nak sampai rumah nak usik dia. Harap-harap kat bawah helmet tu, dia ada jeling sikit ke sini ya, sebab ni last bertentangan mata dengan dia.’

Tambahnya lagi, suaminya begitu teruja untuk menunggu hari membawa pulang motosikal baru berkenaan. Setelah tiba hari yang dinanti, suaminya senyum tak berhenti selepas dapat memiliki motosikal idamannya itu.

Baru Beli Moto Meninggal 3 630X433 1

Bagaimanpun, secara tiba-tiba naluri hati seorang isteri risau akan suaminya yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah walaupun suaminya sudah biasa menunggang motosikal.

‘Memang aku ikut rapat je. Aku risau tak tahu kenapa nak risau padahal bukan first time dia bawa motor. Tapi entahlah. Alang-alang tu rakam la dia dari belakang.’

Baru Beli Moto Meninggal 4

Dia terdetik untuk membawa perlahan untuk mengekori suaminya sehingga tiba di satu jalan yang agak sesak. Selepas itu dia tidak lagi dapat melihat bayang suaminya kerana hanya motosikal boleh mencelah laluan yang sesak itu. Namun, secara tiba-tiba, jalan yang pada mulanya perlahan mula bertukar menjadi sesak yang teruk.

Selepas kurang dari dua minit, dia ternampak beberapa orang awam mengangkat motosikal seperti milik suaminya. Dia ketika itu hanya berharap dan berdoa agar mangsa bukanlah suaminya.

Baru Beli Moto Meninggal 5 630X407 1

Namun, perkara yang paling menakutkan yang bermain di fikirannya menjadi kenyataan apabila dia ternampak tubuh suaminya terbaring di atas jalan raya berlumuran darah. Dia yang panik terus park kereta di bahu jalan dan menangis di sisi tubuh suaminya sebelum ambulans tiba.

Baru Beli Moto Meninggal 6 630X407 1

Namun, ajal maut, jodoh semuanya ditangan tuhan. Suaminya dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di kepala. Dia turut bersyukur kerana ramai yang membantu dirinya dan keluarga untuk menempuhi dugaan ini. Dia turut bersyukur kerana ramai sahabat arwah yang menyayangi arwah.

 

Baca: Bapa Meninggal April Lepas Tapi Doktor Muda Ini Dapat Ucapan Happy Birthday Daripada Baba, Rupa-Rupanya

Capture 1 3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.