in

TERKINI: Vaksin Covid-19 Tiba Ahad Ini, Perdana Menteri & Frontliners Jadi Penerima Pertama

Ft Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekalan vaksin Covid-19 yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia dijadualkan tiba di Malaysia pada Ahad ini, 21 Februari 2021. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hal itu pada Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara online di Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.


Pm

Menurut Awani, beliau menjelaskan bahawa program itu akan bermula pada 26 Februari ini di mana dirinya dan barisan petugas hadapan akan menjadi penerima pertama vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTec itu.

Di mana saya sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan.”

Seperti yang telah diumumkan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa. 

Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021. Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.”

Vaksin3

Kata beliau lagi, program imunisasi itu dilaksanakan bagi memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19.

Baca: Hukum Pengambilan Vaksin Covid-19 Adalah Harus – Mufti Wilayah Persekutuan

2Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.