in

Hukum Pengambilan Vaksin Covid-19 Adalah Harus – Mufti Wilayah Persekutuan

2Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan pengambilan Vaksin Covid-19 yang akan dilakukan di negara kita dalam masa terdekat, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Luqman Abdullah telah mengeluarkan hukum berdasarkan dalil dan nas yang berkaitan.


Menurut laporan Bernama, Mufti Wilayah Persekutuan melalui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah bersetuju menggunakan resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah bersetuju bahawa hukum pengambilan Vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.

Screenshot 2021 02 14 At 2.03.26 Pm

Datuk Dr Luqman Abdullah dalam satu kenyataan berkata PMWP menyokong sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijangka bermula penghujung Februari ini.

Dari aspek kepenggunaan pula, hukum harus itu turut diputuskan selepas mengambil kira pendirian tegas kerajaan bahawa hanya vaksin yang telah dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini”

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada Khamis lepas bagi membincang dan mencari penyelesaian selepas timbul kekeliruan orang ramai berkenaan pengambilan vaksin tersebut

PMWP turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan agar menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia.

 

Baca: Individu Yang Sukarela Nak Jadi Penerima Vaksin Covid-19 Boleh Daftar Di MySejahtera Mulai Mac Ini

Screenshot 2021 02 14 At 2.05.33 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.