in

[TERKINI] Sekatan Rentas Negeri Di Sabah Mulai Esok – Ismail Sabri

Fw1084237 Ptj08 03102020 Pc Lpr 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah bermula esok hingga 20 Oktober ini. Menteri Kanan (Keselamatan)  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.


Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran dari KKM

Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.”
Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada kategori seperti berikut;
  • Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
  • Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang
  • dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
  • Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas
    Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
  • Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada J abatanImigresen Malaysia, negeri Sabah.
  • Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri Sabah.
  • Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport.
  • Mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan.
  • Mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

 

Baca : “PKP tak dikuatkuasa semula, keadaan masih terkawal” – Ismail Sabri

Ismail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.