in

“PKP tak dikuatkuasa semula, keadaan masih terkawal” – Ismail Sabri

Untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan tidak akan menguatkuasa semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun kes jangkitan Covid-19 mencecah sehingga tiga angka. Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media baru-baru ini.


Terang beliau, 287 kes baru semalam kebanyakannya melibatkan kes di dalam penjara, jadi keadaan masih lagi terkawal dan tidak perlu dirisaukan. Perincian statistik berkenaan kes juga menunjukkan keputusan yang masih terkawal, namun orang ramai masih perlu berhati-hati dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Kes-kes itu semakin meningkat tetapi ketika kita teliti jumlahnya, saya harap orang tidak terlalu panik. Saya tahu orang mungkin memarahi saya kerana mengatakan ‘jangan panik’, tetapi di Kedah misalnya, terdapat 129 kes semalam”

“Melihat perinciannya, 128 kes tersebut berada di penjara yang merupakan Kluster Tembok. Hanya seorang dari luar”

Jelas Menteri Pertahanan ini, sekiranya PKP perlu dilaksankan ekoran jumlah kes yang merisaukan, ia akan dibuat secara bersasar dan bukannya dilaksanakan untuk seluruh negara.

“Sebagai contoh, jika terdapat banyak kes di Shah Alam, kita tidak akan tutup seluruh negeri. Mungkin kita akan tutup sebuah flat atau satu atau dua kampung”

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan kini menetapkan semua ketibaan dari Sabah perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu.

 

Sumber: MalayMail

 

BACA: Britain Kenakan Denda RM53,145 Terhadap Individu Langgar PKP

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.