[TERKINI] Penjawat Awam & Pesara Terima Bantuan Khas Aidilfitri 20 Mei Ini

Jadikan sumber pilihan di Google
[TERKINI] Penjawat Awam & Pesara Terima Bantuan Khas Aidilfitri 20 Mei Ini

Sumber: Gambar hiasan

Berita baik buat penjawat awam dan pesara di negara ini sempena Hari Raya Aidilfitri, mereka akan menerima bantuan khas seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jadi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020, layak untuk terima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500, lapor Bernama.


Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020, kerajaan memutuskan bantuan khas itu yang akan dibayar pada 20 Mei ini dengan pesara kerajaan menerima pencen turut menerima bantuan berjumlah RM250- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman

Himpunan Bulanan Penjawat Awam Host Mbsa Mb Azmin Bonus Asri 3 1Sumber: Gambar hiasan

Ini merupakan pegawai yang layak mendapat Bantuan Khas Aidilfitri :

    • Pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘contract of service’
    • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
    • Pegawai yang bercuti separuh gaji
    • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
    • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang terima peminjaman pegawai.

Dalam pekeliling itu turut menyatakan bahawa…

“Bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada guru interim; pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak mendapatkan khidmat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya,”

Ujarnya lagi, Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 turut akan terima bantuan khas RM500 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuatkuasa 30 hari berturut-turut, sekurang-kurangnya.

“Pesara yang dilantik semula secara ‘contract of service’ dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 layak diberi bantuan khas itu sebanyak RM500.

“Pembayaran RM250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya RM250 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,”

 

Baca : [TERKINI] PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun ; PM

Baca 5

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[TERKINI] Penjawat Awam & Pesara Terima Bantuan Khas Aidilfitri 20 Mei Ini
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terkini-penjawat-awam-pesara-terima-bantuan-khas-aidilfitri-20-mei-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen