in

29 Organisasi Sertai MyDigital ID, Akses Digital Lebih Selamat Untuk Rakyat

Mydigital Id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia bakal menikmati akses digital lebih selamat dan mudah apabila MyDigital ID memeterai kerjasama dengan 29 organisasi bagi memperluaskan penggunaan identiti digital nasional merentasi pelbagai sektor.

Kerjasama ini melibatkan beberapa bidang iaitu: 


  • Bidang kebajikan
  • Bidang pendidikan
  • Agensi kerajaan
  • Platform digital
  • Sektor pemangkin teknologi

Hic 2445 1 Scaled

Inisiatif ini membolehkan pengesahan identiti dilakukan dengan lebih lancar di samping mengurangkan risiko penipuan dan penyalahgunaan identiti.

Langkah ini turut mencerminkan keyakinan terhadap peranan identiti digital sebagai pemacu ekonomi digital, khususnya dalam urusan transaksi dan perkhidmatan dalam talian.

Hic 2386 Scaled

Bagi organisasi terlibat, integrasi MyDigital ID dijangka mampu untuk mempermudah pendaftaran pengguna, mengurangkan pertindihan semakan identiti serta meningkatkan keyakinan melalui sistem yang disahkan kerajaan.

Artikel berkaitan: Bukan Sekadar Hiburan: Laporan Impak Sosioekonomi TikTok Malaysia Dedah Sumbangan RM20 Bilion kepada Ekonomi Digital

Artikel berkaitan: “Platform percuma tapi padat ilmu” – Rakyat Digital Tawar Pelbagai Program Digital Secara PERCUMA!

“Tanpa kaedah pengesahan identiti yang diyakini, sistem paling canggih sekali pun akan terdedah kepada risiko dan menghakis keyakinan pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim. 

Hic 2544 Scaled

Lebih 11 juta rakyat Malaysia telah berdaftar setakat ini, dengan lebih 100 aplikasi merangkumi platform kerajaan, GLC dan sektor swasta telah diintegrasikan, manakala ratusan lagi dijangka menyusul.

Kerjasama ini turut melibatkan pelbagai organisasi merentasi sektor utama negara termasuk:

Screenshot 2026 04 30 At 4.55.31 Pm

Screenshot 2026 04 30 At 5.05.30 Pm

Secara keseluruhan, kerjasama ini memperkukuh ekosistem digital negara yang lebih selamat, inklusif dan saling berhubung.

Sumber: MyDigital ID 

Sumber: MyDigital ID
Sumber: MyDigital ID
Sumber: MyDigital ID
Sumber: MyDigital ID
Sumber: MyDigital ID

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.