in

TERKINI: Pembunuh Kucing Bunting Ditangkap!

Kucingggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya pembunuh kucing bunting yang jadi perbualan ramai dah kena tangkap! Dua daripada tiga lelaki yang gambar dorang tersebar semalam telah ditahan hari ini, menurut Harian Metro.


Image 1
sumber: utusan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua lelaki tersebut ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Ketika ditahan, mereka hanya berada di sekitar Gombak dan polis masih lagi giat memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas. Fuhh! Harap yang lagi sorang ni cepat-cepatlah ditemui kan! 

Image 2
sumber: utusan
Dm
sumber: twitter

“Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kejam mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan kejam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini.

“Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan,” kata pihak polis.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek, korang boleh je hubungi Inspektor Najmi di talian 017-9291359 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Semoga penjenayah buat perkara terkutuk ni terima hukuman yang setimpal! Tahniah PDRM kerana pantas menjalankan tugas. 

Baca: TAK GUNA! Tergamak Bunuh Kucing Tengah Bunting!

K 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.