in

TAK GUNA! Tergamak Bunuh Kucing Tengah Bunting!

Bapak Bunuh Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
TAK GUNA! Tergamak Bunuh Kucing Tengah Bunting!
Loading
/

Manusia sekarang dah makin gila ke? Baru-baru ni viral sebuah video yang menunjukkan dua lelaki tergamak membunuh seekor kucing bunting di sebuah kedai dobi kat Taman Gombak Ria, Gombak semalam (11 September). 


Lebih menyakitkan hati, cara dua lelaki ni bunuh kucing tu tersangatlah kejam sampai mengundang kemarahan orang ramai. Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku dalam jam 12.30 malam ni telah dirakam CCTV dan dua lelaki terbabit dilihat masukkan kucing malang tu ke dalam mesin pengering.

Kucing 1
sumber: harian metro

Mereka kemudian bawa baju yang dah dibasuh dan datang semula kat mesin pengering tu sambil masukkan beberapa duit syiling ke dalamnya. Kedua-dua lelaki tu kemudian ‘blah’ dari dobi berkenaan tanpa rasa bersalah. Allahuuu kenapa kejam sangat ni! 

Tengok video ni kat bawah:

Bangkai kucing betina tu kemudian dijumpai seorang pelanggan keesokan paginya  dalam keadaan berlumuran darah. Presiden Persatuan Haiwan Malaysian, Arie Dwi bertindak buat laporan polis berkaitan hal berkenaan.

41532823 158205485089370 6842026006543335424 N
sumber: facebook

“Hasil penelitian CCTV mendapati memang terdapat tiga lelaki datang ke kedai dobi berkenaan untuk membasuh baju mereka.

“Namun, dua daripada tiga lelaki itu kemudian bertindak memasukan kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan membiarkannya,” katanya ketika dihubungi.

Kucings
sumber: harian metro

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dua lelaki tu adalah rakyat tempatan yang tinggal kat kawasan berdekatan serta memang kerap ke dobi tu untuk membasuh baju. Jika sabit kesalahan, mereka akan dihukum di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sampai hati buat kat haiwan macam tu. Tak ada rasa kesian dan bersalah ke?? Haih makin gila orang sekarang. 

Baca: Lelaki Hempas Anak Kucing Sampai Mati Sebab Bengang Cinta Ditolak Gadis Pujaan 

Hempas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.