in

[TERKINI] Peguam Sultan Kelantan Sahkan Rihana Oksana Dicerai Talak 3

Rihanacerai2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kenyataan daripada Rihana Oksana telah dibuat, hari ini peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua telah membuatkan pengesahan mengenai kes tersebut. Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko sah dicerai talak tiga.


Menerusi laporan Sinar Harian,  firma guaman Tien Hua telah menghantar surat cerai talak 3 kepada pihak peguam Rihana.

 

Baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019″

Rihanacerai

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,”

Katanya melalui firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura.

 

Baca : “Ia adalah tindakan provokasi. Kami tidak pernah bercerai” – Rihana ‘Buka Mulut’ Pasal Isu Jatuh Talak

Rihana6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.