Sejak minggu lepas, bermacam-macam spekulasi yang muncul akibat pergolakan perkahwinan Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Terkini, bekas ratu cantik Rusia itu tampil memberikan respon. Menerusi Malaysiakini & Sinar Harian, Rihana mendakwa khabar angin tersebut tidak benar.
Kami tidak pernah bercerai”
Menurutnya, kes lafaz cerai pada Jun lalu di Singapura yang digembar gemburkan itu tidak benar sama sekali. Kata Rihana, beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura.
“Secara peribadi saya tak pernah dengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka kepada saya.
“Saya di Rusia bersama dengan anak. Saya dan anak tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu untuk bercerai,”
Rihana turut mengutuk langkah pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil perceraian membabitkan dirinya dan Sultan Muhammad V.
Malah, Rihana juga turut menegaskan bahawa mereka tidak pernah bercerai.
Ia adalah tindakan provokasi. Kami tidak pernah bercerai”
Dia juga menyatakan rasa sayang dan cinta pada suaminya masih menebal, malah percaya Sultan Muhammad V akan memberi sepenuh kasih sayang pada zuriat mereka.
“Saya sayangkan suami saya. Saya percaya dia akan mengambil berat mengenai anak kami,”
Terdahulu, khabar angin mengatakan bahawa Sultan Muhammad V telah menjatuhkan talak 3 kepada Rihana, gambar sijil penceraian tersebar di media sosial.