in

[TERKINI] Pasukan SAR, Jumpa Mayat Waktu Cari Nora Quoirin

Prc 80031825

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu mayat telah ditemui semasa pencarian remaja British Nora Quorin dijalankan.


Menurut MetroUK, Ketua Polis Negeri Sembilan Mohammed Yusop memberitahu media tempatan yang satu mayat telah ditemui di Gunung Betembum.

Saya boleh sahkan satu mayat telah ditemui di Gunung Betembun dan ini bukan tempat yang boleh diakses masuk.”

Yusop juga menambah, pemeriksaan forensik perlu dijalankan ke atas mayat yang ditemui untuk mengetahui jantina mayat tersebut.

Badan kebajikan yang menyokong keluarga Nora dari UK, The Lucie Blackman Trust mengatakan yang mereka tahu akan laporan penemuan mayat tersebut dan meminta pengesahan secepat mungkin.

Pri 792941461
Sumber: metrouk

Semalam, ibu Nora membuat rayuan menyentuh hati untuk mencari anaknya serta memberikan ganjaran sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat supaya anaknya boleh pulang dengan selamat.

Nora yang lahir dengan kecacatan otak holoprosencephaly dan memerlukan jagaan rapi ini telah hilang dari resort The Dusun yang terletak di Negeri Sembilan pada 4 Ogos lalu.

Sejak itu, seramai lebih 300 pasukan SAR telah turun untuk mencari remaja istimewa ini.

Setakat ini, orang ramai masih mengharapkan berita baik dari pasukan SAR dan mendoakan agar Nora selamat ditemui.

 

Baca: Minta Simpati Orang Ramai Konon Anak Hilang, Rupa-rupanya….

Screenshot 2019 08 13 At 4.40.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.