in

Minta Simpati Orang Ramai Konon Anak Hilang, Rupa-rupanya…

Hilang Anak Sebab Sedekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak bantu orang zaman sekarang ni, eloklah siasat latar belakangnya terlebih dahulu… 


Semalam viral satu tweet di Twitter mengenai seorang netizen yang terjumpa seorang lelaki sedang mencari anaknya yang hilang. Menurut cerita lelaki tu, anaknya dah hilang sejak 2016 lagi dan setakat ni baru 2 orang dari 3 anaknya telah dijumpai. 

1
sumber: twitter
Dnb9Kn V4Aajkyt
sumber: facebook
Dnb9Koau4Aatqw
sumber: twitter

Tweet ni dapat perhatian netizen yang kemudian claim lelaki yang cari anaknya tu sebenarnya seorang scammer! Whaaatt?

Amy1
sumber: twitter

Malah lebih mengejutkan, seorang netizen bernama Amy mengaku yang dia pernah berkhidmat dengan satu pertubuhan bernama Penggerak 2014 dan bantu lelaki tersebut sebar flyers untuk cari anaknya dulu.

Tapi kemudian barulah mereka dapat tahu yang anak-anak lelaki ni lari sebab bapanya paksa anak buat kerja minta sedekah. Aduhh bapa jenis apa ni? 

Amy2
sumber: twitter

Amy jugak ada sertakan kenyataan daripada pihak Penggerak Malaysia tentang kes kehilangan anak-anak lelaki bernama Mohd Shah ni. Sah dia scammer dan pernah kena tangkap dulu! 

Dnc4G1Sv4Auvlgs
sumber: twitter
Dnc4It Vyaamalo
sumber: twitter
Dnc4Ji7U4Aeom8
sumber: twitter
Dnc4J7Bu4Aaglu7
sumber: twitter

Ketiga-tiga anak Mohd Shah ni jugak dilaporkan telah dijumpai pada tahun 2016 oleh JKM Hulu Langat. Kes ni jugak dikatakan bukan pertama kali berlaku.

Susulan daripada pembongkaran ni, ramai yang mintak tuan punya tweet delete posting tersebut. Tapi netizen ni memilih untuk biarkan tweet ni terus tersebar sebab dia nak beri social awareness supaya kita buat baik berpada-pada dan jangan mudah terpedaya dengan orang. Gitew! 

Delete
sumber: twitter
Delete2
sumber: twitter

Hmm sampai hati bapanya guna anak untuk menipu orang ye… Haih nak tolong orang pun kena tengok-tengok jugak sekarang ni. 

Baca: Ingat Nak Mengorat, Rupanya Nak ‘Pelepas’ Barang

Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.