in

TERKINI: MKN Beri Kelonggaran 3 Orang Dalam Sebuah Kenderaan

Feat4 1 E1607151591399

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media harian sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memberi kelonggaran 3 orang menaiki sebuah kenderaan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB.


Menurut beliau lagi kelonggaran sama turut diberikan kepada perkhidmatan e-hailing dan juga teksi.

Sop 1

Sebelum ini, SOP hanya membenarkan 2 orang dalam sesebuah kenderaan. Terdahulu, turut timbul isu berkaitan hal sama di mana rakyat keliru sama ada penumpang perlu duduk di tempat duduk belakang atau pun boleh duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Beliau bagaimanapun telah memberikan penjelasan bahawa tiada ketetapan bahawa penumpang perlu duduk di tempat duduk belakang mahu pun hadapan di dalam sesebuah kenderaan.

Sop1

Baca: DS Ismail Sabri Perjelas Bila Waktu Yang Perlu Imbas Kod QR MySejahtera Di Stesen Petrol

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.