in

DS Ismail Sabri Perjelas Bila Waktu Yang Perlu Imbas Kod QR MySejahtera Di Stesen Petrol

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada yang kata boleh, ada yang kata tak. Ramai yang dah mula keliru mengenai SOP imbasan kod QR aplikasi MySejahtera atau pendaftaran secara manual jika seseorang itu berada di stesen petrol hanya untuk mengisi minyak.


Isu ini mula timbul apabila ada individu menghantar mesej audio mengatakan ayahnya disaman pihak polis sebanyak RM1,000 ketika sedang mengisi minyak.

Disebabkan itu, hari ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri tampil memberikan keterangan menerusi Sidang Media Perkembangan Terkini PKPP bagi menghentikan kekeliruan yang berlaku.

 

Perlu ‘Check-In’ MySejahtera

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPP | 10 Nov 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 10 November 2020

Posted by Bernama TV on Tuesday, November 10, 2020

 

 

  • Mereka yang membuat urus niaga di pasar raya stesen.
  • Mereka yang menggunakan surau atau tandas.
  • Mereka yang menghampiri mekanik di stesen minyak.
  • Mereka menuju ke tempat pencucian manual.

 

Tak perlu ‘Check-in’

  • Mereka yang mengepam petrol dan membayar menggunakan transaksi tanpa tunai
  • Mereka yang membuat pembayaran melalui dari luar kedai
  • Mereka yang guna pencuci kenderaan automatik.
  • Mereka yang berhenti di stesen minyak untuk mengepam udara di tayar kenderaan.

Jadi, dah ada penjelasan disini. Maknanya ada yang kena scan dan ada yang tak perlu. Bergantung pada situasi.

 

Baca : “Isi petrol atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera” – CPRC

Qr2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.