in

[TERKINI] Meningkat! 5,738 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor & Negeri Sembilan Catat Kes Tertinggi

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini (17 Jun 2021), Malaysia mencatatkan kes harian menghampiri angka 6k dengan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 5,738 kes.



Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter rasminya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia melonjak ke 678,764 kes.

Berdasarkan pecahan kes yang dikongsikan, Selangor masih lagi menjadi negeri dengan kes tertinggi sebanyak 1,858 kes ini diikuti dengan Negeri Sembilan sebanyak 1,086 kes dicatatkan hari ini.

Negeri dengan kes terendah pula merupakan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 7 kes diikuti Perak dengan 30 kes.

Negeri Perlis pula tidak mencatatkan apa-apa rekod kes baru hari ini.

Jumlah kes sembuh dan kematian hari ini akan dimaklumkan oleh KKM petang nanti.

 

Baca: [TERKINI] Turun Lagi, Malaysia Catat 4,949 Kes Positif Covid-19 Baharu Hari Ini

Hisham 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.