in

[TERKINI] Turun Lagi, Malaysia Catat 4,949 Kes Positif Covid-19 Baharu Hari Ini

Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk tiga hari berturut-turut, Malaysia telah mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 dengan merekodkan sebanyak 4,949 kes positif baharu hari ini (14 Jun 2021).


Ini menjadikan keseluruhan kes setakat ini di Malaysia adalah sebanyak 662,457 kes.

Mengikut pecahan kes yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya, Selangor masih menjadi negeri dengan kes tertinggi sebanyak 1,523 kes.

Manakala Sarawak pula mencatatkan kes tertinggi sejak 27 Mei sebanyak 744 kes menjadikan ia negeri kedua tertinggi selepas Selangor.

Negeri dengan kes terendah pula ialah Perlis dengan 1 kes diikuti Putrajaya 10 kes.

Walaupun kes positif Covid-19 makin menunjukkan penurunan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dijalankan, rata-rata netizen meminta agak orang ramai kekal berhati-hati sehingga kes di Malaysia betul-betul turun ke angka 0.

 

Baca: [TERKINI] ‘Total Lockdown’ Dilanjutkan Sampai 28 Jun

Screenshot 2021 06 14 At 2.46.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.