in

TERKINI: Kematian ke-16 Akibat Covid-19 di Malaysia, Punca Jangkitan Masih Dalam Siasatan

Kematian Covid 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui Facebook beberapa minit yang lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat satu lagi kematian disebabkan Covid-19. Laporan terbaru itu menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.


Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.”

Covid4

Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 selepas menunjukkan gejala 5 hari sebelumnya. Pada 18 Mac 2020, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur namun kesihatannya merosot setiap hari dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac 2020.

Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.”

Kes 1

Takziah buat ahli keluarga. Al Fatihah…

Baca: TERKINI: 106 Kes Baru Dilaporkan Hari Ini, Kurang Separuh Dari Semalam. 64 Dalam ICU.

Collage 61
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.