in

TERKINI: 106 Kes Baru Dilaporkan Hari Ini, Kurang Separuh Dari Semalam. 64 Dalam ICU.

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 106 kes baru dilaporkan hari ini (24 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 1,624.


Menurut Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, sebanyak 43 dari kluster tabligh Masjid Sri Petaling dan selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yang masih dalam siasatan.

Manakala jumlah pesakit yang berada di ICU pula adalah seramai 64 orang dan 24 antara mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Et3N Qru4Aez4Wv

Jumlah kematian akibat Covid-19 pula malangnya telah meragut nyawa seramai 15 orang. Daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Berita baiknya, setakat hari ini seramai 24 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 183 orang.

 

Baca: TERKINI: Kes Kematian Ke-15 di Malaysia, Ada Kontak Dengan Pesakit Dari Kluster Tabligh

Covid Kematian 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.