TERKINI: 4 Penuntut Universiti Langgar Lari Pekerja TM Berjaya Ditahan!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Terima kasih PDRM! Akhirnya suspek yang terlibat dalam tragedi langgar lari pekerja TM, Wan Amirah Wan Alias di Cyberjaya telah berjaya ditahan.

Menurut Harian Metro, polis telah menahan 3 lelaki Arab dan seorang wanita Malaysia tengah malam tadi di dua lokasi yang berbeza.

 

Suspek penuntut universiti antarabangsa di Cyberjaya

Penahanan pertama dibuat sekitar jam 12 tengah malam membabitkan seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

Tangkapan seterusnya pula dibuat di Cyberjaya membabitkan dua lelaki warga Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun yang berasal dari Sabah.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kereta Hyundai warna silver yang terbabit dalam kes berkenaan jugak dirampas.

Kesemua suspek dipercayai merupakan penuntut di universiti dekat Cyberjaya dan salah seorang daripada lelaki yang ditangkap juga telah mengaku memandu kenderaan Hyundai tersebut ketika kemalangan.

Sumber: Twitter

 

Berang tak boleh parkir di tempat OKU jadi punca

Menurut Astro AWANI, ibu saudara mangsa, Asnah Shamsudin, 45 berkata kejadian yang menimpa Wan Amirah itu berpunca daripada tindakan seorang lelaki warga asing yang berang lepas pengawal keselamatan tak benarkan dia parkir di petak OKU.

“Saya diberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki warga asing yang berang selepas pengawal keselamatan di situ tidak membenarkannya parkir di petak parkir orang kurang upaya (OKU).

“Disebabkan tu, lelaki tersebut memandu keluar kereta jenis Hyundai dalam keadaan marah sebelum merempuh beberapa kenderaan lain dan melanggar anak saudara saya yang turut berada di situ,” katanya.

Sumber: The Star

Walau bagaimanapun, jenazah Wan Amirah telah selamat dikebumikan semalam pada jam 5.30 petang di Tanah Perkuburkan Islam Bukit Kiara. Lebih 100 ahli keluarga dan kenalan hadir untuk beri penghormatan terakhir buat mangsa.

Semoga mereka yang terbabit diheret ke muka pengadilan. Takziah buat ahli keluarga Wan Amirah. Al-Fatihah. 

Baca: Warga Asing Langgar Pekerja TM Sampai Terperosok Bawah Kereta dan Larikan Diri Dekat Cyberjaya 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!