in

Warga Asing Langgar Pekerja TM Sampai Terperosok Bawah Kereta dan Larikan Diri Dekat Cyberjaya

Langgar Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Warga Asing Langgar Pekerja TM Sampai Terperosok Bawah Kereta dan Larikan Diri Dekat Cyberjaya
Loading
/

Seorang wanita meninggal dunia lepas jadi mangsa langgar lari di Shaftbury Square, Cyberjaya malam semalam. Video rakaman CCTV ketika kejadian kini semakin viral dan menjadi tanda tanya ramai pihak.


Melalui video ni, korang boleh tengok yang mangsa yang dikenal pasti sebagai Wan Amirah Wan Alias tengah melintas jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu tu juga disyaki sedang mabuk sebab sebelum dia langgar mangsa, kereta tu dibawa dalam keadaan tak tentu arah dan melanggar beberapa kereta lain dekat situ.

Beberapa info masih belum disahkan pihak berkuasa tapi menurut satu Facebook post, pemandu kereta tu dikatakan warga asing dan menggunakan kereta sewa.

Pic 1

Pengguna Twitter juga ada post pasal insiden ni dan difahamkan menurut saksi, mangsa telah diseret beberapa meter serta terperosok di bawah kereta suspek tu. Aduhai…

Twitter

Seorang wanita kemudian update dekat thread Twitter tu yang mangsa meninggal dunia pada jam 2 pagi di Hospital Putrajaya. Jenazah juga akan disolatkan di Masjid Al-Taqwa, TTDI dan dikebumikan hari ini (18 Oktober) di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat asar.

Whatsapp Image 2018 10 18 At 11.43.26

Accident 1
sumber: facebook

Netizen yang dah tonton video tu memang semua tak puas hati dan berharap pihak polis dapat tangkap suspek tu secepat mungkin. Rata-ratanya yakin yang pemandu tu tengah dalam keadaan mabuk masa drive kereta tersebut.

Whatsapp Image 2018 10 18 At 11.58.41

Komen 1 2

Komen 5 1
sumber: facebook 

Ada juga yang cerita pengalaman di mana kebanyakan foreigners memang pandu kereta secara berbahaya dekat area Cyberjaya tu. Dorang juga berharap pihak kementerian amik tindakan sewajarnya dengan perkara ni.

Bahaya Komen
sumber: facebook

Kalau betul pemandu tu mabuk, harap dia dihukum dengan setimpal la. Kesian keluarga arwah, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah…

Baca: Lelaki Selamba Langgar Lari Wanita dan Budak, Rupa-rupanya Isteri dan Anak Sendiri

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.