in

[TERKINI] 172 Kes Baru Positif Covid-19 & 4 Kes Kematian Terbaru

Noor Hisham Abdullah 210320 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 172 kes baru dilaporkan hari ini (25 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 1,796.


Menurut Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, sebanyak 71 dari kluster tabligh Masjid Sri Petaling dan selebihnya iaitu 101 masih dalam siasatan.

4 kematian baru menajdikan jumlah kematian sebanyak 19 kes.

  • Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 lelaki warga tempatan berumur 56thn dan mempunyai penyakit kronik. Dirawat Hospital Sultan Ismail, Johor. Meninggal dunia 23 Mac 2020 jam 2 pagi.
  • Kematian ke-19 ialah kes 1,246, wanita tempatan berumur 68thn. Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail pada 19 Mac dan meninggal dunia 25 Mac jam 12.53 pagi.

Manakala jumlah pesakit yang berada di ICU pula adalah seramai 45 orang dan 35 antara mereka memerlukan bantuan pernafasan.

 

Baca: [TERKINI] TS Muhyiddin Yassin Umum Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April

Screenshot 2020 03 25 At 5.06.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.