in

[TERKINI] TS Muhyiddin Yassin Umum Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April

Pkp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi Malaysia mencatatkan 172 kes baru Covid-19 sehingga setakat 12 tengah hari tadi. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,796 kes.


Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.”

Majlis Keselamatan Negara juga menjangkakan kes akan meningkat lebih tinggi sekiranya tiada apa yang dilakukan rakyat Malaysia.

Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu akan terus dicatatkan dalam masa yang terdekat. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan. Ini termasuk menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara untuk menerima pesakit-pesakit COVID-19.”

Y

Sehubungan dengan itu juga, kerajaan telah memutuskan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutan sehingga 14 April 2020.

Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.”

Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yangsepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.”

Covid1

Tempoh kuatkuasa perintah akan dikaji dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi beliau akan buat pengumuman tentang hal itu.

Semua kementerian juga telah diarahkan untuk membuat persiapan bagi menguruskan keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Baca: TERKINI: Kes Kematian Ke-17 Akibat Covid-19 di Malaysia

Covid Kematian 2

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.