in

[TERKINI] 156 Kes Baru Covid-19 & 3 Kes Kematian Baru

Noor Hisham Abdullah Bernama 290320 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 156 kes baru dilaporkan hari ini (30 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 2,626 kes.


Manakala 94 pesakit di ICU (62 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

3 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 37 kes.

  • Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke HKL dan HSgB.
  • Kes kematian ke-36 (kes ke-1941) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 8.10 pagi.
  • Kes kematian ke-37 (kes ke-2471) merupakan wanita tempatan berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 9.02 pagi.

91 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya sebanyak 479 kes.

 

Baca: [TERKINI] Hari Ini Mencatatkan 7 Kematian Manakala Kes Baru Covid-19 Adalah Sebanyak 150

Noor Hisham Abdullah 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.