in

[TERKINI] 140 Kes Positif Baru & 6 Kes Kematian

Ccvbxfjxgjxkjm 1585488284

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 140 kes baru dilaporkan hari ini (31 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 2,766 kes.


Manakala 94 pesakit di ICU (60 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

6 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 43 kes.

  • Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 4.04pm.
  • Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki tempatan 69thn yg mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah dibawa ke HKL.
  • Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 1.03pm.
  • Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
  • Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 31 Mac, 7.09am.
  • Kes kematian ke-43 (kes ke-2629), lelaki tempatan 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30pm.

58 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya sebanyak 537 kes.

 

Baca: [TERKINI] 156 Kes Baru Covid-19 & 3 Kes Kematian Baru

Noor Hisham Abdullah Bernama 290320 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.