in

Terima Laporan Kes Penderaan Haiwan, Lepas Siasat Rupanya Kanak-kanak Yang Dikurung Dalam Sangkar Anjing

Ft Kid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes penderaan kanak-kanak seringkali kita dengar kadang-kadang melibatkan dari segi fizikal, mental, emosi kadang-kadang sampai menyebabkan kematian.


Macam yang berlaku di Henry County, Atlanta ini…

Seorang kanak-kanak ditemui oleh pihak polis di dalam sangkar anjing di rumah milik ibu bapanya.

Itu pun terjumpa secara tak sengaja!

 

Terbongkar lepas jiran buat aduan

Pihak polis mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai berlakunya penderaan haiwan namun dikejutkan dengan penemuan kanak-kanak itu.

“Keadaan sangat memilukan ketika polis menemui kanak-kanak berkenaan dan dia tidak sepatutnya berada di dalam sangkar itu.

“Ada mainan diletakkan di dalam sangkar itu, namun tiada selimut untuk mangsa,” – Ketua Polis Henry County, Monte Belew

 

Capture 11

 

Penemuan tersebut menyebabkan  tiga individu ditahan iaitu ibu mangsa, Heather Scarbough, 46, ayah tirinya yang berusia 46 tahun dan neneknya berusia 62 tahun lapor Harian Metro

Sangkar yang ‘didiami’ oleh kanak-kanak itu diletakkan berhampiran dengan sangkar haiwan lain yang tercedera.

Berapa banyak penyakit terkumpul dalam satu kawasan, kanak-kanak tu pun mungkin dijangkiti!

Antara haiwan yang turut ditemui ialah ular, anjing, ayam, cicak, kucing dan pelbagai burung.

Selain haiwan yang tercedera, keadaan rumah juga dikatakan berada dalam keadaan tidak terurus dengan dapur dipenuhi lipas serta makanan busuk dan sampah berselerakan.

Min tak boleh brain la, apa kena dengan family dia ni? Kalau tak mampu maybe patut let go anak dan haiwan tu, janganlah diseksanya!

 

Baca : Tiada unsur jenayah dan penderaan- Markas Tentera Darat Dedah Hasil Laporan Bedah Siasat Kematian Anggota Tentera

Unnamed File

Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.