in

Polis Buru Ibu Bapa ‘Bergurau’ Bagi Anak Dipercayai Berusia 2 Tahun Hisap Vape

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan satu video menunjukkan seorang wanita memuat naik video dia dan suaminya memberikan anak mereka yang dipercayai berusia dua tahun menghisap rokok elektronik.


Video tular tersebut telah mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakan ibu bapa tersebut sebagai penderaan terhadap kanak-kanak.

Oleh kerana ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengatakan yang pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun tersebut untuk membuat siasatan lanjut.

Bagaimanapun, setakat ini pihak polis belum menerima laporan polis dari mana-mana pihak mengenai video tular tersebut, lapor Harian Metro.

Kita sedang mengesan wanita itu untuk siasatan dan menyelamatkan kanak-kanak terbabit.”

Hm145Vapers 1620115327

Sebelum ini, video berdurasi 12 saat itu telah menunjukkan kanak-kanak malang yang sedang menonton telefon bimbitnya telah disuapkan vape sebanyak dua kali dan dapat dilihat anak kecil itu kelihatan tercungap pada sedutan kedua.

Pada awalnya, ibu kepada kanak-kanak tersebut telah mempertahankan tindakannya itu dengan mengatakan yang dia sebagai ibu berhak buat apa sahaja ke atas anaknya.

Namun, selepas mendapat kecaman tanpa henti oleh netizen, dia telah pun memohon maaf dan suaminya juga turut meminta orang ramai untuk berhenti mengecamnya dan mengatakan tindakannya itu hanyalah sebagai gurauan.

Bergurau? Harapnya mak bapak budak ni dapat pengajaran yang sepatutnya.

 

Baca: “Suka hati aku lah nak post apa” – Bagi Anak Hisap Vape & Muat Naik di IG, Wanita Teruk Dikecam Netizen

Vape3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.