in

“Kau buat apa dekat anak buah aku?” – Anak 8 Tahun Didakwa Jadi Mangsa B*nuh Ibu & Bapa Tiri

syaz ft 2024 08 27T130607.510

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

17 Ogos lalu, satu kes menggemparkan berlaku di mana seorang kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia didakwa kerana didera oleh ibu kandung serta bapa tirinya di sebuah pangsapuri.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Zulhelmy dan Norzira didakwa bersama-sama membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri Rawang antara pukul 11.51 pagi hingga 3.51 petang pada 17 Ogos lalu.


Artikel berkaitan: Kes Budak 8 Tahun Maut Didera, Jiran Pelik Sudah Lama Tak Nampak Kelibat Mangsa

Artikel berkaitan: Gambar Kecederaan Zayn Rayyan Tersebar di Telegram?

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Menurut laporan Kosmo!, mangsa merupakan anak anak tiri kepada Mohamed Zulhelmy dan anak kandung Norfazira, pengakuan kedua-dua mereka tidak direkodkan kerana kes bunuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, suasana sekitar pekarangan Mahkamah Selayang bertukar kecoh ketika kedua-dua suspek dibawa keluar.

Kedengaran jeritan seorang lelaki yang didakwa bapa saudara mangsa menengking dan mempersoalkan apa yang telah dilakukan kepada anak buahnya itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober ini bagi sebutan semula kes dan laporan kimia dan bedah siasat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.