Rasanya tak ada sesiapa mampu melupakan kes pembunuhan tragis adik Nurin Jazlin Jazimin yang ditemui mati dalam beg sukan pada tahun 2007 lepas. Kejadian itu telah meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat untuk sentiasa berwaspada akan kes jenayah melibatkan kanak-kanak.
Selain Nurin, ada beberapa kes kejam melibatkan kanak-kanak seperti Sharlinie, Nurul Huda dan lain-lain yang masih lagi unsolved dan menimbulkan tanda tanya sehingga sekarang.
https://twitter.com/santeira/status/1157949983649226752
Pun begitu, baru-baru ini di Twitter, seorang netizen bernama Eva Natasha telah mendedahkan kisahnya yang hampir menjadi mangsa kepada jenayah yang melibatkan kanak-kanak ini. Berikut apa yang diceritakannya.
“Saya hampir menjadi mangsa lepas kehilangan arwah Nurin Jazlin… Seorang lelaki tiba-tiba datang minta tolong untuk bagi kucing makan”
Bagaikan tak percaya, namun Eva dahulunya hampir-hampir menjadi mangsa jenayah kanak-kanak seperti apa yang berlaku pada Nurin Jazlin apabila dia didekati oleh seorang lelaki yang meminta pertolongannya untuk memberi kucing makan.
Baru berusia 11 tahun ketika itu, nasib baiklah Eva membuat keputusan yang betul apabila dia memilih untuk tonton Doraemon dari membantu lelaki tersebut. Fuh Doraemon jadi penyelamat!
“Satu minggu tak datang sekolah sebab bantu kes Nurin Jazlin, buat pengecaman muka…”
“Masih ingat wajah, penampilan dia… dia pakai cermin mata, rambut sikat tepi, baju putih dan seluar tiga suku”
“I do believe cartoon selamatkan you, sebab masa kita kecik-kecik dulu kita sanggup tak keluar rumah sebab ada cartoon best”
Sebab tu lah min rasa, kartun yang ada kat TV sekarang ni patut dikekalkan dan jangan digantikan dengan CJWOWSHOP apa kesemua tu. Tengok, ramai netizen bersetuju dek kerana kartun Doraemon ni (dan kuasa Allah juga), mujur Eva terselamat dari jadi mangsa jenayah.
“Yang heboh ‘lelaki kucing’… You know what, muka yang culik Sharlinie tu sama dengan lelaki yang ajak I cari kucing”
Malah lebih mengejutkan rupanya ada juga mengaku pernah alami pengalaman yang sama dengan Eva dan kali ini dikaitkan dengan kes Sharlinie yang hilang tu. Aduh scary!
Meskipun kes ini sudah lama berlalu, ada kemungkinan manusia-manusia ‘gila’ ini masih berkeliaran di luar sana mencari mangsa terbaru. Apa-apapun berhati-hatilah… bahaya ada di mana-mana. Jagalah pergerakan anak-anak anda kalau mereka di luar.