in

Bapa Nurin Jazlin Mahu Kes Anak Dibuka Semula

Nu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir 10 tahun berlalu, namun kes kematian Allahyarham Nurin Jazlin sampai sekarang tak ada jalan penyelesaiannya. Hal ini membuatkan bapa kanak-kanak tersebut, Jazimin Abdul Jalil, 44, memohon supaya pihak berkuasa sekarang buka semula kes siasatan anaknya untuk menyiasat guna teknologi terkini, lapor Sinar Harian.


Image 4 1
sumber: sinar harian

Kata Jazimin, kemajuan teknologi sekarang mungkin boleh bantu jalankan siasatan semula terhadap kes Nurin yang berlaku tahun 2007 dulu.

“Saya berharap pihak berkuasa membuka semula kes siasatan anak saya dengan mencari bukti-bukti melalui cap jari dan aspek lain.

“Sekarang negara semakin maju, peralatan semakin canggih. Saya berharap pihak berkuasa dapat menggunakan peralatan canggih untuk kesan siapa yang meletakkan beg mayat anak saya,” kata Jazimin.

Nurin
sumber: blog

Dia yang kini bertugas sebagai pengawal peribadi berharap sangat supaya pihak polis dan kerajaan baru kini dapat kesan mengesan suspek yang membunuh anaknya. Malah katanya lagi, kalau kes Teoh Beng Hock boleh dibuka semula, kenapa pulak tidak kes anaknya kan? Emm ada betul jugak! 

“Bukan saya seorang atau ibunya tetapi seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu jawapan pihak berkuasa untuk tahu siapa pembunuh sebenar Nurin Jazlin. 

“Kalau (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng mahu buka kes Teoh Beng Hock, saya berharap kes anak saya dapat dibuka semula demi keadilan arwah dan keluarga saya,” kata Jazimin yang sedia beri sepenuh kerjasama.

Nurin Burial
sumber: blog

Mengimbas kembali kes Nurin Jazlin yang berlaku lebih 10 tahun dulu, budak berusia 8 tahun ni dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 sehinggalah pihak polis menjumpai mayat kanak-kanak perempuan dalam beg pakaian yang ditinggalkan di tepi kedai dekat Petaling Jaya.

Sungguhpun terdapat rakaman CCTV yang menunjukkan suspek menaiki motosikal dan meletakkan beg tersebut di tempat kejadian, pihak polis masih gagal mengesan suspek. Selepas sesi pengecaman mayat dilakukan, Jazimin sekeluarga enggan akui mayat tu anaknya sehinggalah ujian DNA mengesahkan mayat tersebut merupakan Nurin yang telah dibunuh dengan kejam.

1414546517 C150Bc2521 O
sumber: blog

Moga kes ni kembali dibuka semula dan suspek yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan. Kesian keluarga mangsa terseksa bertahun lamanya nak tahu kebenaran sebenar. 

Baca: 5 Kes Pembunuhan Yang Masih Menjadi Misteri Sehingga Kini 

Nurin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.