Siapa yang tak sayang dengan kucing kan? Haiwan yang comel, manja dan mengisi kesunyian kita kalau duduk sorang-sorang kat rumah Tapi min tak boleh brain lah macam mana seseorang tu boleh bersikap kejam pada haiwan macam kucing ni.
Menerusi satu posting di Facebook, netizen bernama Eryn telah berkongsi nasib malang yang dialami oleh kucingnya gara-gara sengketa yang berlaku di antara jiran. Aik! Jiran sama jiran bergaduh, kenapa kucing pulak dianiaya?
“Kesian sebab ada manusia yang tak ada hati perut macam jiran aku ni!”
Menurut Eryn, dia sendiri tak faham apa salah ‘si bulu’ nya ini sehingga jiran di kawasan perumahannya itu menghukum kucing tersebut dengan menjerut lehernya dan menggantung bangkai kucing tersebut dalam keadaan berdiri di tengah-tengah pagar rumah.
Mana pergi nilai kemanusiaan orang macam ni eh? Kata Eryn, mungkin kucingnya tu telah mengganggu burung belaan milik si jiran. Tapi wajarkah kucing secomel macam ni diperlakukan dengan kejam macam tu?
Ya Allah kejamnya orang ni. Siap jerut kat leher guna tali nipis lagi!
“Allahuakhbar kejam, kenapa buat begitu. Otak di mana? Di lutut ka? Mudah-mudahan kau ditimpa bala”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini berasa amat tersentuh dan marah dengan sikap jiran tersebut. Keterlaluan sangat admin rasa tindakan jiran ni. Kalau marah dengan si bulu tu, tegurlah ownernya. Bukan bunuh kucing tu!
“Nombor plat motor pun dah tahu. Siap lah ko. Pencinta kucing dah tahu, follow dia!”
Selain dari memaparkan gambar kucing tersebut, owner kucing juga ada reveal nombor plat si pelaku. Min tak boleh nak reveal semua sebab melanggar privasi orang. Tapi ini je yang min boleh reveal kan. Yang lain, korang boleh tengok kat page mangsa.
Min harap orang yang buat kelakuan ni bertaubatlah dan segera tampil mohon maaf kepada jiran. Kawal kemarahan jangan sampai kucing jadi mangsa.