in

2 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Bunuh Kucing Bunting!

Page P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas kecoh bila beberapa lelaki membunuh kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria.


Mereka akhirnya diberkas oleh polis pada Jumaat lalu atas kesalahan tersebut namun, menurut Harian Metro, kedua-dua lelaki terbabit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, Gombak hari ni.

O1
sumber: harian metro

Kedua-dua tertuduh iaitu A. Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya S. S. Satthiya, 26, juruteknik, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

O2
sumber: youtube

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh serta seorang lagi yang masih bebas didakwa selepas membunuh kucing di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria pada 11 September lalu pada 12.54 pagi.

V1
sumber: utusan

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudian benarkan kedua-duanya diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober ni sebagai sebutan semula kes. Selain tu, mereka juga perlu laporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Boleh pulak mengaku tak bersalah.

Baca: Terkini: Pembunuh Kucing Bunting Ditangkap!

Kucingggg 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.