in

“Tergamak cemarkan hari suci dengan parodi yang hina”

Parodi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tergamak cemarkan hari suci dengan parodi yang hina"
Loading
/

Bulan Ramadhan yang mulia ni kita digalakkan untuk memperbaiki diri dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Namun tirai bulan Ramadhan ini kini dicemari dengan satu perkara yang tidak elok.


Tahun lepas seorang instafemes pernah ditegur oleh Da’i Wan Dazrin kerana membuat satu parodi nyanyian sambil memakai tudung menyerupai wanita. Bagaikan tak serik, semalam pada 1 Ramadan, Faiz Roslan memuat naik parodi terbarunya.

W5 1
sumber: instagram

Menyanyikan lagu Lagi Syantik dendangan Siti Badriah dari negara seberang yang sekarang ni tengah trending kat laman sosial, Faiz sekali lagi tampil dengan parodi menyerupai perempuan. Kali ini instafemes ni tidak lagi memakai tudung tapi memakai pakaian dalam wanita pula.

Dalam video tersebut, Faiz dilihat menari-nari dalam keadaan ghairah bersama-sama dua orang rakannya yang juga berpakaian seperti perempuan, memakai mekap dan rambut palsu.

sumber: youtube

Aksi tersebut kelihatan agak keterlaluan jika mengambil kira timing video parodi yang dimuat naik pada bulan mulia ni. Melihatkan video Faiz, Da’i Wan sekali lagi bersuara dan menegur tindakan instafemes kerana bagai tidak menghormati Ramadhan.

Da’i Wan menyatakan rasa kesal kerana dengan tindakan Faiz yang macam sengaja nak cari pasal dan tak mendengar nasihat. Da’i Wan juga ada bertanya apakah motif sebenar Faiz memuat naik video sebegitu. Adakah kerana dia mahukan perhatian sampai sanggup menghina diri sendiri, kata Da’i Wan.

Faiz 1
sumber: instagram
Faiz2 1
sumber: instagram

Da’i Wan juga ada menyatakan yang dia akan terus menegur Faiz sehingga instafemes tersebut memadam video parodi tersebut dari laman sosialnya.

Semoga kita semua istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik sempena bulan yang mulia ni. Selamat menjalani ibadah puasa!

Tonton video parodi instafemes tersebut di sini:

Sumber: Youtube

Baca: “Takyah bajet alim, ustaz dok diam-diam solat” – Ustaz Dikecam Kerana Tegur Parodi Lelaki Jadi Perempuan

Cumi Cumi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.