in

“Takyah bajet alim, ustaz dok diam-diam solat” – Ustaz Dikecam Kerana Tegur Parodi Lelaki Jadi Perempuan

Cumi Cumi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Takyah bajet alim, ustaz dok diam-diam solat" - Ustaz Dikecam Kerana Tegur Parodi Lelaki Jadi Perempuan
Loading
/

Semenjak dua menjak ini, makin banyak pula video parodi yang dimuat naik secara suka-suka di saluran Youtube oleh social media influencer yang terkenal. Antara nama-nama yang kita kenal seperti Faizdickie, Arwind Kumar, Jinnyboy dan termasuklah yang terbaru Faiz Roslan sering muncul dengan idea-idea menarik untuk menghiburkan netizen.


Pun begitu, video parodi terbaru daripada Faiz Roslan yang melibatkan dirinya dan beberapa orang rakan lelaki bersolek dan memakai tudung menyerupai wanita telah mendapat perhatian Da’i Wan atau Wan Dazrin Wan Din yang bimbang gejala ini bakal membentuk budaya yang tidak bermoral kepada masyarakat, lapor mStar.

Tulisnya di Twitter,

Maaf. Saya perasan semenjak dua menjak ini banyak video parodi lelaki jadi perempuan. Kalian, Nabi laknat. Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.” 

Dai Wan
sumber: twitter

Peringatan yang diberikan Da’i Wan itu jelas-jelas disokong oleh majoriti netizen yang berpendapat sudah tiba masanya perbuatan ini ditegur daripada berlebih-lebihan. Malah ada juga dalam kalangan netizen yang berasa pelik kerana golongan transgender sering dikritik oleh kerana penampilan mereka, namun perbuatan parodi ini dibiarkan saja atas tiket ‘melawak’ semata-mata. Hmm…

Whatsapp Image 2017 12 18 At 11.12.09 Am

Whatsapp Image 2017 12 18 At 11.12.10 Am

Whatsapp Image 2017 12 18 At 11.12.11 Am
sumber: twitter

Namun tidak semua yang dikatakan Da’i Wan mendapat pujian daripada segelintir netizen. Peminat atau penyokong kepada Youtuber Faiz Roslan membidas kenyataan ustaz tersebut dan meminta supaya Da’i Wan untuk tidak riak dalam menegur hanya kerana dia berpenampilan seperti seorang yang alim. Laa memang jenis tak boleh kena tegur ke apa ni? 

Drocyx1Vwaeai1Y
sumber: twitter
Drqc5Rqvwaezlz3
sumber: twitter
Perli
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, Da’i Wan tidak cepat melatah dengan kecaman yang terima. Menurutnya dalam entri di Twitter, dia sudah bersedia untuk bertemu empat mata dengan mereka yang mengecamnya dan tidak perlu berdebat melalui laman media sosial.

“Ustaz tak perlu debat dengan mereka di social media. Ustaz kalau boleh nak jumpa mereka depan-depan kita settlekan dalam satu meja,” tulisnya. 

Tambahnya lagi di mStar, penggunaan teknologi yang tidak terbatas ini telah memudahkan remaja terjebak dengan perlakuan tidak bermoral.

“Dalam hal ini ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting, kena pantau aktiviti anak-anak. Tengok selalu apa mereka buat dekat telefon itu. 

“Kadang-kadang anak-anak ini leka dengan gajet sampaikan mereka hanyut dengan kehidupan di alam maya dan tak sedar apa yang mereka lakukan itu salah,” jelasnya.

sumber: cari

Dalam pada itu, Da’i Wan juga tidak kisah dengan kecaman netizen yang kurang senang dengan caranya memberi teguran.

“Walaupun ada yang mengecam meminta saya tidak masuk campur tentang hal ini, saya akan tetap bersuara demi masa depan agama dan anak bangsa,” katanya lagi.

Sejak entrinya dimuat naik semalam, tweet bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim kedua ini telah mendapat lebih 36,000 retweet dan 14,000 likes di Twitter.

Anda rasa macam mana? Ada betul juga cakap Da’i Wan tu kan? Tiada istilah ‘sekadar untuk melawak’ dalam agama. Jangan menghalalkan apa yang sememangnya haram…

Baca: “Nak tanya mana satu ayah, mana satu mak ni?” – Netizen Kecam Gambar Model dan Bayi Galakkan Budaya ‘Kunyit’

Kunyit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.