in

Terbongkar! Pemain Badminton Profesional Negara Kantoi Atur Perlawanan Untuk Dapatkan RM15,000

Badminton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tonton perlawanan badminton, punyalah kita semangat sokong pemain kegemaran kita tu untuk menang, kan? And kita happy sangat bila dorang layak ke perlawanan seterusnya. Tapi siapa sangka ada yang sanggup atur perlawanan dan pura-pura kalah sebab duit.


Menurut Berita Harian, dua orang pemain profesional badminton negara dikenakan hukuman gantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana didapati bersalah mengatur perlawanan.

 

Whatsapp bukti dua pemain profesional atur perlawanan

Aktiviti Zulfadli Zulkifli, bekas juara remaja dunia 2011 dan Tan Chun Seang terbongkar apabila BWF menerima aduan daripada seorang pemain (tidak didedahkan nama) yang mendakwa dihubungi Zulfadli atas tujuan mengatur perlawanan ketika Terbuka Brazil 2016.

Aduan tersebut membawa kepada siasatan lanjut oleh BWF yang berjaya mengekstrak perbualan Whatsapp antara Zulfadli dan Tan melalui telefon pintar mereka dengan bantuan syarikat khusus pengekstrak forensik data.

11
sumber: berita harian
22
sumber: berita harian

 

Atur perlawanan untuk enam kejohanan badminton

Menurut laporan penuh tiga ahli panel bebas yang dilantik BWF, kedua-dua pemain profesional negara itu terbabit mengatur perlawanan dalam enam kejohanan badminton di seluruh dunia.

Antara kejohanan badminton yang terlibat adalah Grand Prix Emas Terbuka London 2013, GP Terbuka Belanda 2013, GP Emas Terbuka Korea, GP Terbuka Macau 2014, GP Terbuka Amerika Syarikat 2014 dan GP Emas Terbuka Brazil 2016.

33
sumber: berita harian
44
sumber: berita harian

 

Zulfadli digantung 20 tahun, Tan 15 tahun

Zulfadli didapati terbabit dengan 27 pelanggaran Kod Tatatertib 2012, empat Kod Tatatertib 2016 Pertaruhan dan Mengatur Perlawanan. So dia digantung selama 20 tahun dan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti badminton sepanjang waktu itu. Zulfadli juga didenda sebanyak RM98,338. 

Tan pula didapati terbabit dalam 26 pelanggaran Kod Tatatertib 2012 Pertaruhan dan Mengatur Perlawanan. Dia digantung selama 15 tahun dari menyertai sebarang aktiviti berkaitan badminton dan menerima denda sebanyak RM59,000.

Tan
sumber: nst

 

Zulfadli tak puas hati hukuman BWF, mengaku dia mangsa?

Apabila ditanya mengenai hukuman yang diterima, Zulfadli seolah-oleh tidak puas hati dan mempersoal sama ada dia mangsa atau tertuduh. Eh? Zulfadli menyatakan dia mahu tenangkan fikiran buat masa ini dan akan maklumkan apa yang terjadi pada dirinya nanti.

“Beri saya sedikit masa dan saya akan mengadakan sidang media, #mangsa atau tertuduh?!” kata Zulfadli.

Zulfadli
sumber: nst

Memang susah nak dapat wira negara macam Datuk Lee Chong Wei. Semua digadai demi wang ringgit. Harap takde lagi pemain sukan negara kita terlibat dengan kes macam ni…

Baca: “Bukan saya” – Lee Chong Wei Syak Ada Pihak Cuba Sebar Video Lucah Kerana Cemburu Dengan Kejayaan

Ascasc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.