in

“Bukan saya” – Lee Chong Wei Syak Ada Pihak Cuba Sebar Video Lucah Kerana Cemburu Dengan Kejayaan

Page 10
Lobak Merah
Lobak Merah
"Bukan saya" - Lee Chong Wei Syak Ada Pihak Cuba Sebar Video Lucah Kerana Cemburu Dengan Kejayaan
Loading
/

Khas buat peminat-peminat sukan dan badminton negara, filem autobiografi jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan ditayangkan tidak lama lagi. Filem bertajuk Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaraan yang berdurasi 133 minit itu akan memaparkan kisah kehidupan pemain badminton dunia ini.

Semakin hampir dengan tarikh tayangan perdana filem tersebut yang akan menemui peminat pada Mac nanti, Lee tiba-tiba terpalit kontroversi apabila satu rakaman video lucah yang didakwa dirinya tersebar dalam kumpulan chat berbahasa Cina awal pagi ini, lapor The Malaysian Insight.

L5
sumber: star2

Menafikan dirinya terlibat dalam rakaman video tersebut, Lee mengatakan bahawa dia tidak tahu mengapa klip tidak senonoh sebegitu boleh disebarkan dan hairan mengapa dirinya pula dituduh terlibat dalam video tersebut. Lee memaklumkan bahawa dia akan meminta bantuan pihak polis bagi mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran video tersebut.

“Itu bukan saya. Dia tak nampak macam saya pun,” kata Lee Chong Wei.

“Kenapa ini berlaku? Mungkin sesetengah orang ini ada banyak masa (untuk sebarkan video sebegitu).”

Namun, Lee bagaimanapun berkata bahawa dia tidak akan membuat sebarang laporan polis berkaitan penyebaran video tersebut kerana individu di dalam rakaman tersebut bukanlah dirinya. Lagenda badminton negara ini juga tidak menolak kemungkinan sabotaj yang mungkin menjadi punca penyebaran video.

L2
sumber: malaysiakini

Lee mendakwa mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan dikecapi dan cuba untuk melibatkannya dalam skandal seks sebelum filem autobiografinya keluar tidak lama lagi. Lee mengatakan bahawa dia bengang dengan insiden yang berlaku namun perkara tersebut tidak akan mengganggu latihannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail Abdullah memberitahu bahawa video lucah yang tersebar adalah video lama yang disebarkan semula. Ini berkemungkinan bagi menjatuhkan reputasi individu terbabit, lapor Berita Harian.

Polis
sumber: berita harian

“Saya difahamkan ia adalah video lama yang disebarkan semula, video itu pernah tersebar kira-kira dua tahun lalu dan dikatakan menggunakan teknologi superimpose.”

“Bagaimanapun, sekiranya pihak yang berkenaan bimbang penyebaran video berkenaan menjatuhkan reputasi mereka, maka wajar individu terbabit tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.”

Tonton video di bawah:

Sumber: Youtube

Baca: Lelaki Dihalau Keluar Bas Selepas Mengajak Penumpang Lain Tonton Video Lucah Bersama

Adoi